🤝Rakan Kongsi Bisnes
Last updated
Last updated
Alpaca Finance ialah protokol pinjaman terbesar yang menawarkan leverage hasil farming di BNB Chain. Ia memberikan peminjam pinjaman kurang cagaran untuk posisi leverage hasil farming seterusnya menggandakan prinsip farming dan hasil konsisten. Alpaca ialah fasilitator untuk keseluruhan ekosistem DeFi dengan menguatkan lapisan kecairan bursa bersepadu dan menaikkan keberkesanan modal dengan membawa peminjam dan pemberi pinjam bersama-sama. Alpaca telah menubuhkan komponen penting DeFi kerana cirinya yang berkuasa yang membolehkan semua orang mempunyai akses terhadap kewangan desentralisasi.
Alpaca Finance menguruskan lebih $800 juta diseluruh dunia dan mencapai standard sekuriti tertinggi untuk pelaburan kewangan desentralisasi dan pelaburan. Alpaca Finance dikenali sebagai platform paling selamat dalam komuniti BNB Chain dan Fantom kerana rekod yang ditunjukkan tidak pernah mengalami isu sekuriti dan mempunyai banyak lapisan prosedur sekuriti:
Alpaca Finance telah menjalankan 20 audit sekuriti dari firma sekuriti blockchain terkemuka dan pengaudit kontrak pintar seperti Certik, PeckShield, SlowMist dan Inspect.
Alpaca Finance juga memperbadankan Nexus Mutual Cover dan InsurAce untuk memberikan pengguna pilihan membeli perlindungan yang memberi pulangan wang jika berlaku kehilangan yang tidak diingini.
Alpaca Finance telah melaksanakan pelan insuran sendiri selain tambahan untuk Nexus Mutual dan perlindungan insurans. Sehingga 50% Hasil Protokol akan dimasukkan dalam Vault Tadbir Urus yang akan tersedia jika berlaku kekurangan untuk membayar balik wang pelanggan yang hilang sehingga setahun, menyediakan sekurang-kurangnya 7 angka perlindungan berpotensi.