⚠️Penafian

Bukan Nasihat

Maklumat pada Laman ini sekadar maklumat sahaja dan tidak membentuk dan tidak patut dianggap sebagai nasihat pelaburan atau saranan untuk beli, jual, atau transaksi lain dalam mana-mana pelaburan termasuklah mana-mana produk, servis, jemputan, tawaran atau permintaan untuk melibatkan diri dalam mana-mana aktiviti pelaburan.

Maklumat pada Laman ini dibuat bagi membolehkan anda membuat keputusan pelaburan sendiri dan GYM NETWORK tidak terlibat sama sekali dengan mana-mana objektif pelaburan, keperluan tertentu atau situasi kewangan. Selain itu, maklumat yang ada pada Laman ini tidak bersifat sebagai nasihat kewangan, perundangan, perakaunan atau percukaian.

Sangat disarankan untuk anda mendapat nasihat pelaburan dari profesional sebelum membuat keputusan berkenaan pelaburan. Anda perlu meneliti risiko pelaburan dengan penasihat anda sebelum membuat keputusan.

Amaran Risiko

Terdapat risiko ketara yang dikaitkan dengan pelaburan mana-mana produk atau servis yang disediakan oleh Gym Network. Pelaburan untuk produk atau servis hanya sesuai dengan pelabur yang boleh menerima risiko yang berkait dengan pelaburan tersebut (termasuklah risiko untuk kehilangan semua wang yang dilaburkan) dan pastikan anda benar-benar memahami risiko itu sebelum membuat keputusan untuk melabur.

Prestasi sebelum ini tidak menjamin prestasi akan datang dan nilai pelaburan boleh jatuh atau naik bila-bila masa sahaja. Tiada strategi pelaburan tanpa risiko dan pasaran akan mempengaruhi prestasi pelaburan. Pasaran dan keadaan pelaburan akan berubah dengan pantas. Strategi atau produk boleh membuatkan wang anda hilang atau bertambah bila-bila masa sahaja. Semua pelabur patut melabur hanya jika mereka boleh terima risiko yang terlibat termasuklah kehilangan modal. Pelabur tidak patut melabur tanpa mengetahui tentang faktor risiko yang berkait dengan setiap strategi pelaburan yang dinyatakan dalam dokumen rasmi oleh setiap dana atau strategi. Pelabur yang mempunyai pelbagai persoalan patut mendapat nasihat pelaburan mengikut keperluan, keadaan dan toleransi risiko.

Last updated