🏦Tadbir Urus

Karakter utama blockchain dan matawang digital ialah desentralisasi. Ia bermaksud diagihkan melalui banyak komputer, rangkaian, nod dan pengguna bukan dikawal oleh entiti tunggal seperti kerajaan, pelayan pusat atau bank pusat. Matawang maya menggunakan sifat desentralisasi untuk mencapai tahap privasi dan sekuriti lebih tinggi yang biasanya tidak boleh dibuat untuk transaksi dengan matawang tradisional.

Untuk menguatkan lagi desentralisasi matawang kripto, pembangun blockchain menubuhkan Organisasi Autonomi atau DAO. Tujuan DAO ialah untuk menyokong tadbir urus dan pengurusan organisasi yang menyerupai korporat. Tidak dikawal orang pihak berkuasa menjadikan DAO satu organisasi unik, sebaliknya, wakil kolektif dan peserta yang menjadi badan tadbir urus.

Kontrak pintar memainkan peranan penting dalam DAO. Keputusan yang dibuat dikuatkuasakan oleh perjanjian berkod logik berdasarkan aktiviti blockchain. Contohnya, ia bergantung kepada hasil keputusan yang diundi, satu kod spesifik akan ditulis untuk menaikkan jumlah token dalam peredaran, membakar sejumlah token yang disimpan atau memberi sejumlah ganjaran kepada pemegang token sedia ada.

Di mana-mana platform yang menyokong DAO, ahli mestilah memiliki token tadbir urus yang biasanya token utama dalam platform token utiliti dan kadang-kadang token spesifik lain dicipta untuk tujuan tadbir urus.

👇TADBIR URUS GYM NETWORK

GYM NETWORK adalah sepenuhnya desentralisasi tanpa dikawal oleh penguatkuasa, sebaliknya, ahli pentadbir platform melalui undian. Semasa pengagihan token, 50M GYMNET dari jumlah bekalan akan diberikan kepada komuniti dan setiap pemilik token gGYMNET (token tadbir urus platform) boleh memutuskan apa yang patut dibuat dengan token mereka. Anda adalah bos anda dan anda juga boleh menyertai tadbir urus platform melalui undian jika anda memiliki sejumlah token gGYMNET.

Untuk mendapatkan token gGYMNET sangat mudah: kunci token GYMNET dalam Single Pool untuk TEMPOH TERTENTU dan kemudian anda akan mendapat kedua-dua token GYMNET dan gGYMNET sebagai ganjaran sepanjang tempoh dikunci. Single Pool adalah pilihan pelaburan yang dicipta oleh pelabur GYM NETWORK. Single Pool bukan sahaja memberikan untung pasif malah ia juga memberikan akses kepada pelabur ke GYM NETWORK DAO (hak untuk mengundi dalam keputusan platform seperti ciri-ciri baru, perubahan halatuju, dsbg.)

Tambahan lagi, gGYMnet juga memberikan akses ganjaran pool kepada setiap pemegang dari jualan awal NFT di GYMSTREET. GYMSTREET mempunyai refleksi NFT. Hal ini bermakna 1% jualan NFT dari GYMSTREET akan mengalir dalam pool NFT Turnover. Mengikut jumlah gGYMnet yang anda pegang, anda mungkin memperoleh syer dari pool NFT Turnover.

Last updated