🚜Farming

This page explains how the liquidity rewards work

Untuk meningkatkan kecairan dan peredaran token mereka, bisnes dan projek baru berasaskan blockchain yang menggunakan token akan bergantung dengan konsep pool kecairan. Salah satu proses semasa IDO (Initial DEX Offering) adalah penciptaan pasangan token yang memberikan kecairan untuk token baru. Untuk kebanyakan pool kecairan dan peruntukannya, berikut ialah maklumatnya:

  • Setelah pasangan token baru didaftarkan di platform desentralisasi, satu pasaran baru berlaku untuk pasangan token itu. Hasilnya, pengguna platform boleh menambah kecairan ke dalam pool yang dicipta untuk pasangan token ini.

  • Setelah menyediakan kecairan, penyedia kecairan akan diberi ganjaran dengan token platform bersamaan nilai dengan nilai kecairan yang dibuat.

Proses ini dikenali sebagai farming dan ia memberikan kecairan kepada matawang kripto dalam rangkaian blockchain. Sesiapa yang menyumbang aset kripto ke dalam platform untuk menyertai urusniaga desentralisasi adalah penyedia kecairan yang juga dikenali sebagai pembuat pasaran. Sebagai tukarannya, mereka menerima yuran dari urusniaga yang dibuat pada platform yang mereka berikan kecairan. Yuran yang diterima dilihat sebagai pendapatan pasif. Dalam kebanyakan program peruntukan kecairan, aset kripto yang diberi dikunci di platform untuk dalam tempoh dimana pengguna memilih untuk memberikan kecairan.

GYMNET ialah token utiliti baru yang dicipta untuk GYM NETWORK. Token GYMNET sudah dibuat urusniaga dalam bursa desentralisasi seperti PancakeSwap.

👇Peserta Farming

Kecairan awal untuk pasaran BNB/GYMNET dan USDT/GYMNET dibuat oleh pasukan Gym Network. Kami telah menyimpan 34% (200M) daripada jumlah token GYMNET yang ada untuk memberi ganjaran kepada pelabur dan penyokong yang menambah kecairan ke dalam pool BNB/GYMNET atau USDT/GYMNET. Menyediakan kecairan dalam pasaran GYMNET akan memastikan anda guna aset kripto untuk memaksimumkan keuntungan dan meminimumkan kerugian.

Anda boleh bermula dengan menyambung dengan dompet kripto yang disokong oleh GYM NETWORK. Setelah mendapat akses papan pemuka GYM NETWORK, anda boleh lihat "Jumlah Staked" iaitu jumlah token GYMNET yang ditambah untuk kecairan dalam pasaran ini. Kemudian, bawah "Stake Saya", anda boleh lihat berapa banyak kecairan ini dibuat oleh anda. Anda juga boleh lihat ganjaran anda kerana memberikan kecairan dibawah "GYMNET yang Tidak Dituntut". Menambah kecairan boleh dibuat dari halaman sama di papan pemuka GYM NETWORK.

Pertama sekali, anda perlu memutuskan berapa banyak kecairan yang anda ingin tambah kemudian deposit token. Anda akan dicaj 4% yuran deposit yang akan masuk dalam program beli semula dan bakar untuk token GYMNET. Cari butang untuk tambah kecairan pada hujung belah kanan atas halaman ini.

Anda hanya boleh tambah BNB atau USDT dan GYMNET dalam pool ini (pool akan sentiasa mengambil 50% untuk setiap aset). Buka kunci token dan klik pada Tambah Kecairan & Stake. Anda akan dapat lihat kecairan selepas kemaskini blockchain dan terus mendapat ganjaran.

Tiada pengeluaran minimum dan anda boleh menuntut ganjaran GYMNET bila-bila masa saja dengan klik "Tuntut" atau jika anda ingin mengumpul ganjaran dengan menambah lebih banyak kecairan, anda boleh klik "Tuntut & Stake" untuk tambah lebih banyak token GYMNET dalam pool kecairan. Anda mungkin perlukan BNB untuk proses ini.

Akhir sekali, anda boleh membuat pengeluaran untuk kecairan anda bila-bila masa saja dengan mengklik pada "Uruskan Stake". Anda tidak akan lagi menerima ganjaran dari pool tapi anda bebas untuk menambah semula kecairan bila-bila masa sahaja.

Last updated